MIDMART memiliki kelebihannya yang tersendiri berbanding pesaingnya dalam aspek perolehan barangan secara terus dari pengilang. Pembelian barangan dalam skala yang besar amat sinonim dan telah menjadi praktis syarikat ini dan secara tidak langsung memberi keupayaan kepada MIDMART
untuk mendapatkan barangan pada kos yang lebih rendah. Kelebihan ini membolehkan MIDMART untuk sentiasa memenuhi falsafah perniagaannya dalam menjual barangan pada harga borong kepada para pelanggannya yang terdiri dari pengguna akhir, pemborong dan juga peruncit kecil. Barangan kilang diperolehi dari pengilang tempatan dan juga negara asing seperti Bangladesh, China, Perancis, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Pakistan, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki , United Arab Emirates dan United Kingdom.
|
|